Salam,
Pada tarikh hari ini, IZA SAFIYA FRENZ PAGE sudah mencecah 100 likes sejak hampir seminggu dilancarkan. Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur atas sokongan kalian pada penulis baru seperti saya.
Ada hadiah untuk semua Frenz meraikannya. Ianya sebuah cerpen RAIN ITU HUJAN-HIDUP HARUS BERTEMAN. Pelik tajuknya? Saya pasti, suatu hari nanti, Frenz pasti memahaminya.
Sila klik di sini http://karyamayais.blogspot.com/
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
6/02/2014 03:11:00 am |
Category:
Iza Safiya Frenz Page,
Rain Itu Hujan
|
Hari ini hari yang amat bermakna di dalam hidup saya. Novel kedua saya bakal diterbitkan di dalam bulan Ogos 2014. Tajuknya, Sorry, Aku Bukan Dia.
Alhamdulillah! Saya akan berusaha sebaiknya untuk memberikan sesuatu yang istimewa pada rakan pembaca. Kisah apa? Cinta kekeluargaan yang romantik! Saya sukakan genre ini.
Bagi saya, semua orang perlukan cinta. Semua orang perlukan keluarga. Dan bila disebut tentang cinta, romantiknya perlu ada. Siapa lagi yang nak beromantik dengan kita, jika bukan pasangan sendiri. Orang lain? Nauzubillah!
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
p/s: Blog ada hantu ke sekarang? Asyik hang... kerja seminit menjadi berminit-minit.
5/26/2014 03:29:00 pm |
Category:
Sorry Aku Bukan Dia!
|
Alhamdulillah! Seronok rasanya memiliki Iza Safiya Frenz Page. Page ini menjadi medan untuk saya menghargai rakan pembaca karya Iza Safiya.
Tentu sekali saya akan 'beri lebih' untuk frenz yang menyertainya. Terutama ketika baby kedua saya bakal lahir... SORRY, AKU BUKAN DIA!
Semoga segala perancangan dipermudahkan ALLAH. Amin...
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
Salam Frenz,
Iza Safiya kini mempunyai Iza Safiya Frenz Page. Terima kasih atas sokongan yang diberi tidak kira siapa anda, keluarga atau teman pembaca. Maka, ini adalah door gift dari saya untuk anda semua bagi mengingati peristiwa yang cukup bermakna dalam hidup ini.
Jemputlah nikmati OREN ITU CERIA-CINTA MESTI SETIA. Sila klik di Pena Maya atau link di bawah:
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya