Alhamdulillah! Seronok rasanya memiliki Iza Safiya Frenz Page. Page ini menjadi medan untuk saya menghargai rakan pembaca karya Iza Safiya.
Tentu sekali saya akan 'beri lebih' untuk frenz yang menyertainya. Terutama ketika baby kedua saya bakal lahir... SORRY, AKU BUKAN DIA!


Semoga segala perancangan dipermudahkan ALLAH. Amin...


Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya


Salam Frenz,
Iza Safiya kini mempunyai Iza Safiya Frenz Page. Terima kasih atas sokongan yang diberi tidak kira siapa anda, keluarga atau teman pembaca. Maka, ini adalah door gift dari saya untuk anda semua bagi mengingati peristiwa yang cukup bermakna dalam hidup ini. 

Jemputlah nikmati OREN ITU CERIA-CINTA MESTI SETIA. Sila klik di Pena Maya atau link di bawah:


Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya



Alhamdulillah, pada 1 February 2014, novel pertama saya, Jangan Lupakan Aku sudah berusia setahun. Saya mengambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun kelahirannya dengan menghadiahkan kepada rakan pembaca Jangan Lupakan Aku - naskah kemunculan istimewa (special entry) Izack & Zara.
 
Hadiah yang sedang-sedang sahaja ini sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga terhadap sokongan, dorongan dan teguran yang diberikan rakan pembaca Jangan Lupakan Aku. Semoga ianya mengubati 'rindu' kalian.

Di ruangan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada editor Jangan Lupakan Aku, Norlizawati Yaakob dan team di Alaf 21, keluarga yang disayangi, rakan penulis tidak kira di mana juga anda berada.

Sungguh! Aku bukan penulis tersohor
Penaku bukan emas dakwatnya
Apa yang kutulis adalah dari hati yang luhur
Tentang kasih, rindu, sayang dan cinta
Dan bersamamu... ingin kukongsi rasa 

Untuk berjumpa Izack, Zara, Sarah dan Baby Adam, sila klik - http://naskahemas.blogspot.com/

Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya  

Keraian Ulang Tahun Pertama Perkahwinan
Izack & Zara
Februari 2014
Hadiah Buat Teman Pembaca - Kemunculan Istimewa Izack & Zara
Jangan Lupakan Aku dari Iza Safiya
 
 
Piccredit: Kanda Asmah Hashim
 

 Teaser / Pemanis bicara #4a:
 “Aha! Aku bawak Zara ke Taj Mahal…” Itu sudah cadangan yang entah ke berapa. Lebar senyuman Ilham Zackry. Jika Taj Mahal adalah istana yang Shah Jahan bina untuk meraikan kenangan cintanya bersama Mumtaz Mahal, Istana Izack pula tempat bunga cinta Ilham Zackry dan Elza Zaharah mekar dan mewangi hingga harumnya mampu dihidu ke seantero alam.
 
Piccredit: Pa&Ma, Karangkraf
 
 
Teaser / Pemanis bicara #4b:
 
“Daddy dah solat dan dah doa banyak-banyak. Semoga ALLAH makbulkan doa daddy. Adam pun doakan ya…” pinta Ilham Zackry kepada anaknya yang pulas tidur.
Hujung kening Baby Adam sedikit terangkat tiba-tiba. Tersenyum si daddy. Terasa seperti si anak mendengar bicaranya tadi. “Esok, mummy Adam akan mekap cantik-cantik, pakai baju yang daddy sendiri pilih. Kami akan makan berdua kat tempat special. Ada macam-macam… Kami makan, kami ketawa… happy-happy… Adam nak ikut ya?” soal Ilham Zackry perlahan.
Tertawa dia sebelum menjawab sendiri. “Adam baby lagi. Daddy tak naklah Adam berembun. Takut demam. So, lain kali ya…” Selimut anaknya dibetulkan. “Adam tanya daddy? Adam patut buat apa?” Tertawa lagi Ilham Zackry. Berangankan si anak sudah pandai bercakap nampaknya dia. “Kalau daddy minta Adam tidur, sampai pagi… tak kacau mummy dan daddy, boleh tak?”
 
Ops! Nampaknya, Izack aka Ilham Zackry memang membuat perancangan teliti, hinggakan dengan si anak yang masih kecil pun dia cuba nak kawteam!

Bagi sesiapa yang masih belum memiliki Jangan Lupakan Aku, sila klik:

 

 
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
Keraian Ulang Tahun Pertama Perkahwinan
Izack & Zara
Februari 2014
Hadiah Buat Teman Pembaca - Kemunculan Istimewa Izack & Zara
Jangan Lupakan Aku dari Iza Safiya

 
Piccredit: Kanda Asmah Hashim 

Teaser / Pemanis bicara #3a:

“Nak beri hadiah apa ya?” soal Ilham Zackry sendirian. Membawa Elza Zaharah makan malam di restoren berprestij dan kemudian menonton teater berdua adalah antara cadangan yang pernah difikirkannya. Di mana? La Scala, Milan? The Royal Opera House, London? Atau di The Bolshoi, Moscow.

‘Ah! Opera House kat London tu aku dah bawa dia…’ Sendirian Ilham Zackry berfikir. Mana mungkin dia lupa saat bulan madu mereka yang cukup indah. Tersenyum dia mengenangkan si isteri yang lebih rela leka menikmati hiasan dalaman dewan teater yang gah itu berbanding menyaksikan teater yang sedang dipersembahkan di atas pentas. Interior designer, memang begitu!

 
Teaser / Pemanis bicara #3b:

 “Zara!” panggil Zarina serius. Matanya tajam memerhatikan si rambut kerinting. “Zara yang ajak dia orang datang sini?”

Elza Zaharah menggeleng. “Buat apa nak ajak dia orang? Habislah surprise kita…” Kalut dia. Mana dia nak sorok beg kertas dengan isi yang macam-macam. Lelaki berambut lurus itu pasti boleh mengagak apa yang dibelinya.

“Daddy!” jerit Sarah teruja.

Ilham Zackry dan Azmi segera melangkah mendekati isteri masing-masing.

“Reen… Ini bunga untuk Reen,” ucap Azmi. Sejambak bunga ros diserah pada isteri yang terkulat-kulat di depan mata.

 “Belon tu untuk siapa, bang?” soal Elza Zaharah pada Ilham Zackry pula. Sopan dia menyalami tangan suami. Kekalutan di hati kini ditutup rapi. Berani pula dia tersenyum menunggu reaksi lelaki itu. Jika bunga untuk Zarina, tentulah belon itu untuk dia.

“Err…” Ilham Zackry teragak-agak.

“Bang!” panggil si isteri mengharap.

“Err… belon ni untuk Sarah dan Baby Adam.” Ilham Zackry terpaksa berterus terang.

Elza Zaharah mengerutkan dahi. “Habis tu, Zara dapat apa?” soalnya ingin tahu. 

“Err… tak ada apa-apa…” jawab Ilham Zackry. “Zara nak bunga juga? Tak payah kot… Reen dapat bunga sebab dia merajuk. Azmi kenalah pujuk dia. Zara tak merajuk, kan?”

 
Ops! Jadi tak agaknya Izack aka Ilham Zackry membawa Zara menonton teater pada malam meraikan ulang tahun perkahwinan mereka? Jika bukan belon, apa agaknya yang Izack mahu beri?

 
Bagi sesiapa yang masih belum memiliki Jangan Lupakan Aku, sila klik:


Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya
Keraian Ulang Tahun Pertama Perkahwinan
Izack & Zara
Februari 2014
Hadiah Buat Teman Pembaca - Kemunculan Istimewa Izack & Zara
Jangan Lupakan Aku dari Iza Safiya
 
Piccredit: Kanda Asmah Hashim
 
Teaser / Pemanis bicara #2:
Tetapi itu sebulan dulu. Sekarang, lain ceritanya. Ilham Zackry bertambah kalut. Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Sudah sejam dia bertapa di dalam kamar tidurnya. Puas digeledah. Puas dibelek. Tak ada! Ya, apa yang dia cari tidak ada.
“Sayang!”
Ilham Zackry mengerutkan dahi. Itu suara Elza Zaharah. Awal isterinya pulang! Melihat cadar di atas katil berselerak kerana tidak sempat dikemas semula, Ilham Zackry tiada pilihan lain. Segera dia melompat ke atas katil, berbaring lalu berselimut. Matanya ditutup rapat-rapat. Itu sahaja caranya untuk menutup rahsia.
 
Ops! Apa yang tidak ada? Kenapa Izack aka Ilham Zackry kalut? Rahsia apa yang cuba ditutupnya?
Bagi sesiapa yang masih belum memiliki Jangan Lupakan Aku, sila klik:
 
 
Saat Pena di Genggaman...
Iza Safiya