CINTA...
jika dimulakan dengan niat yang mulia dan dilakukan dengan cara yang mulia.
Pada detik itulah, cinta akan mengilhamkan dan mengangkat Si Pencinta menjadi
MULIA.
-Lia
Zulaikha-
Saat Pena Di Genggaman
Iza Safiya
p/s: ILHAM CINTA adalah sebuah novel motivasi cinta karya
Iza Safiya.
Aidilfitri lepas, saya membantu mengemas rumah Mama. Ada
banyak benda yang saya suka klasifikasikan sebagai ‘barang penahan habuk!’.
Setelah mendapat kebenaran, mana yang tidak berguna, Mama izinkan saya untuk
buang. Punyalah sakan membuang barang hingga lupa diri dan salah satu yang saya
buang adalah Buku Telefon Mama...
Memandangkan Mama saya adalah Guru Pencen, saya rasa bagai
terhukum mendengar bebelannya hampir setiap kali saya menghubunginya. Walau
diberi pelbagai alasan yang mudah hingga alasan yang kompleks untuk memujuk Mama,
Mama tetap menganggap buku Telefon miliknya itu adalah penting. Sedangkan
setahu saya, semua nombor di buku telefon Mama telah dimasukkan ke dalam contact list di telefon bimbitnya. Maka,
apa yang dia takutkan... Saya tidak faham...
ALLAH beri saya faham ketika Ramadhan ini. Setelah hampir
genap setahun ‘Perang Dingin Manja’ saya dan Mama bila dia menyebut isu Buku
Telefon Mama. Apa yang berlaku? PDA HTC saya rosak dan itu berlaku dalam sesaat
tanpa saya sangka! Semua nombor ada di dalam PDA HTC, termasuk nombor Mama!
Memanglah ada yang tersimpan dalam SIM Card, tapi biasanya itu contact person yang sudah berkurun
lamanya. Bagaimana dengan nombor telefon kenalan yang baru? Bos yang baru?
Sahabat yang baru? Ah! Masalah... Baru saya ada akai!!!
Maka, Syawal ini, saya akan mengotakan janji saya pada Mama,
mendapatkan balik nombor telefon semua saudara dan kenalan yang kami bakal
jumpa semasa Aidilfitri nanti... Selepas itu selesai, ‘Perang Dingin Manja’ pasti
berakhir. Yang tinggal adalah manja-manja seperti yang kami kongsi bersama
sejak kami bersama... Tentunya, kini, saya juga memiliki Buku Telefon Anak Mama
J
Saat Pena Di Genggaman,
Iza Safiya
8/15/2012 11:30:00 am |
Category: |
Untuk kekal dalam ibadat yang baru diamalkan, ada guru agama
yang mencadangkan, kita amalkan selama 40 hari. INSYA-ALLAH, ibadah akan
berterusan. Saya mencuba beberapa kali tetapi kerap ter’stuck’. Habis fikir
sampai marah pada diri sendiri. Saya selalu ‘stuck’ bila menerima ganjaran ‘cuti’
dari ALLAH setiap bulan. (Jangan bimbang, anda mungkin tidak perlu merasainya.
Ia terjadi kerana kejahilan diri saya sendiri) Akhirnya, saya dapat jawapan dan
sedang mencubanya.
Untuk menjayakan Istiqamah 40 hari, jika ibadah itu
melibatkan Solat atau membaca AL-QURAN, saya gantikan dengan membaca terjemahan
pada apa yang patut saya lakukan. Contohnya, saya ingin mengamalkan Solat
Dhuha. Maka, saya akan bersolat. Jika saya bercuti, pada waktu yang biasa saya solat,
saya akan membaca terjemahan semua bacaan yang biasa saya baca terjemahan dari
takbiratulihram hinggalah ke salam dan akhirnya membaca doa.
Semoga ALLAH izinkan saya beristiqamah...
Saat Pena Di Genggaman,
Iza Safiya
8/15/2012 10:59:00 am |
Category: |
Dua minggu terakhir dalam Ramadhan, soalan “Bila Nak Balik
Kampung?” menjadi soalan terpopular di semua jenis media. Malah, teman yang
bukan Muslim juga ditanyakan soalan yang sama. Bila suami memaklumkan jadual
cuti Hari Raya... Saya lega. Senang merancang perjalanan sekalian bala tentera.
Maklum, orang perempuan...
Terfikir juga, mungkinkah pertemuan itu adalah yang terakhir? WALLAHUAKLAM! Apa yang penting, semoga pertemuan pada Syawal nanti memberi
manfaat dan keberkatan pada kita semua. Amin!
Saat Pena Di Genggaman,
Iza Safiya
8/15/2012 10:55:00 am |
Category: |
Kakak kesayangan saya (kami tiada kaitan darah, hanya kasih dan
sayang yang kami kongsi bersama) kehilangan Abah kesayangannya beberapa
bulan yang lepas. Kakak saya adalah anak sulung. She need to be stronger... Apa
yang dia lakukan? Setiap kali terkenang Arwah Abahnya, dia akan membacakan ayat
AL-QURAN. Dia juga semakin banyak bersedekah atas nama Arwah Abahnya. Sempena
Ramadhan Yang Bakal Ditinggalkan... Dia membuat lebih tujuh jenis kuih
semata-mata untuk mengubat hatinya yang sepi. Nilai sepi yang tidak pernah dirasainya.
Sering dia berkata pada saya, “Kakak dah tak ada Abah!” Biasanya dalam
tangisan.
Apa yang mampu saya katakan, “Sabar! Allah sayang pada Arwah!” Dia
mengangguk. Tapi, esoknya, dia akan mengadu lagi. Saya okey untuk jadi “shoulder
to cry on”. Dalam mendengar tangisannya yang perlahan di hujung talian, fikiran
saya kerap menerawang, bagaimana nasib saya bila Abah saya pula yang pergi dulu
sebelum saya? Rasa ngeri menyelinap dalam hati.
Saat Pena Di Genggaman
Iza Safiya
8/15/2012 10:50:00 am |
Category: |
Ada drama bertajuk “Jangan ambil Padang Kami...” Jika
ditonton iklannya, nampak agak bagus. Namun, masa tidak berpihak pada saya.
Saya tidak menontonnya. Saya cuma suka tajuk itu kerana dulu, semasa di
USM, saya sangat suka bermain di padang. Bermain bola baling, bola jaring malah
untuk berjoging juga, saya akan berjoging keliling padang. Jika teman lain
gemar memilih aktiviti kewanitaan sebagai pilihan ko-kurikulum, saya dan rakan-rakan padang, akan
memilih aktiviti sukan yang menjamin kami boleh berada di padang. Dari Silat Olahraga, bola baling dan lain-lain lagi.
Sekarang, anak-anak tidak perlukan padang. Mereka perlukan
iPad, XBox, PS3 dll. Mereka akan tetap bermain, cuma mereka tidak perlukan
teman sepermainan dan tidak busuk kerana teruk berpeluh. Ada pro dan kontra...
Terpulang kepada ibubapa untuk mengaturkan semuanya.
Aidilfitri makin hampir, kita patut berusaha dalam kekecohan
kita mengunjungi saudara yang tua dan ada juga yang sudah uzur, jangan pula kita membiarkan anak-anak leka
membelek iPad hingga tidak kenal siapa yang dilawatinya, tidak belajar untuk berkomunikasi
dengan bangsa sendiri dan tidak belajar menghormati orang tua yang masih ada. Minta
anak-anak off sekejap segala gadjet yang ada... Slogan ‘Hak Bermain Hak Kami’
digantung sementara!!!
Teringat kisah masa kami kecil dulu, sebelum turun dari
kereta untuk berhari Raya, Mama dan Abah sudah siap-siap ingatkan siapa tuan
rumah yang akan kami temui, apa hubungannya tuan rumah dengan kami, budi baik
tuan rumah dengan ibubapa kami dll. Kebaikannya, bila dewasa, ketika kita
mengadakan kenduri, kita tidak kekok untuk melayan saudara yang datang. Mungkin
terkadang, kita terlupa nama mereka tapi kita tidak mungkin lupa yang ‘orang
itu’ saudara kita. Tidaklah sampai, bila saudara datang, menyorok dalam bilik
sebab tak kenal saudara. Kononnya malu!!! Maklum, orang kota!
Saat Pena Di Genggaman
Iza Safiya
8/15/2012 10:02:00 am |
Category: |
Ramadhan kali ini agak menarik, Sukan Olimpik menemankan
saya menyediakan sahur. Saya amat nantikan Datuk Lee Chong Wei, Pandalela dan
Azizul Hasni Awang beraksi. Tahniah untuk mereka bertiga. Tidak rugi terpaksa
menunggu hingga tidak tidur malam untuk menyokong mereka mewakili negara.
Walaupun bukan pingat emas yang mereka bawa pulang, yang penting adalah
kepuasan hati saya ketika menonton mereka beraksi dalam perlawanan. Tentang
hati orang lain, saya serahkan pada pemilik hati itu sendiri. Bagi saya, ALLAH
tahu apa yang terbaik buat kita dan orang di sekeliling kita. Jika itu bermakna
Malaysia hanya pulang dengan satu pingat perak dan satu gangsa, itulah yang
sebenarnya layak untuk si peserta dan layak untuk negara kita Malaysia.
Untuk
dapat pingat emas, saya percaya, bukan pemain sahaja yang perlu
bersungguh-sungguh, malah, para penyokong juga begitu. Mungkin ramai yang
tinggal solat kerana hendak duduk depan TV. Maka, lain kali, jika ada event
besar, kita solat dulu, baru sorak ramai-ramai sampai gemuruh suara kita sampai
ke lapangan di mana wakil negara kita bertanding. Semoga ALLAH izinkan emas dalam genggaman pada
masa yang lain... Amin!
Saat Pena Di Genggaman
Iza Safiya
8/15/2012 09:54:00 am |
Category: |